Friday, May 18, 2007

Surat minta kerja (otai+power gilar)

wahaha...selak2 balik emel lama tadi...terjumpa balik satu emel...pasal surat rasmi nak mintak kerja....ahah...kalo sapa2 yang rasa nak senang dapat kerja ikutlah format surat ni....jeng..jeng..jeng...



Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar,
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)



Malaysia Airlines System
12 mei 2004

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam
bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak
boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun

begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga
adalah
seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya
bekerja
disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD
GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan
menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua
nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya
bekerja disini. Itu saja keotaian
saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan
Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian
Sumber
Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh,
Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat
serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap
dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat
tuan
dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok &
akan
belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan
saya
berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal
dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya
pernah ponteng skolah dan
ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.
Sekiranya
saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh
ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk
makluman
tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai
dan
pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji
tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan
ambil
sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun
dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak
tuan
tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan
bacaan
yasin.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor



p/s: semoga anda cepat mendapat kerja yang telah dihajati....sekian... =)

4 idea sahaja:

pjoe said...

surat ni buat aku pecah perut..
nice one dude!
:D

jinggo said...

dah lama dah surat ni.......
tapi walau dah pernah aku baca tetap best...
sepuluh kali lagi pon memang best..

Butaseni@Wan Raja said...

Kepada En.Kamal,
1)Baiklah en kamal saya akan ambil saudara bekerja di tempat saya.
saya akan tempatkan saudara di Jabatan Neraka Jahanam.
sekian,

(Syaiton Nirrajim)

Khutub Kannah said...

butaseni...ekekeke..