Wednesday, May 16, 2007

Ketagihan Internet

Masalah utama kepada pengguna adalah ketagihan internet. Pakar psikologi melahirkan kebimbangan bahawa lebih lima peratus pengguna internet menjadi ketagih. Ketagihan internet merangkumi pelbagai jenis tabiat dan masalah kawalan desakan. Kepelbagaian tabiat itu boleh diklasifikasikan kepada lima kategori:
Ketagihan Komputer – Pada awalnya ia hanya membabitkan permainan komputer seperti solitaire dan minesweeper, pada hari ini ada pelbagai permainan di internet dan menjadi masalah kepada syarikat kerana kebanyakan pekerja menghabiskan masa dengan bermain daripada bekerja.
Permainan Internet – Ini termasuk terlalu taksub dengan perjudian, permainan atau beli belah secara online. Antaranya Internet Casinos Inc, Interactive Gaming and Communications Corp. Kini, beribu-ribu laman web disediakan untuk perjudian. Kajian mendapati perjudian yang sah kini meningkat 100 peratus sehingga 550 peratus.
Maklumat Terlalu Banyak – Melayari laman web dan kumpulan data menyebabkan ramai individu mengambil masa yang lama untuk mencari, mengumpul dan menyusun data. Pengurangan produktiviti adalah antara akibatnya.
Ketagihan Seks Di Internet – Individu akan selalu melihat, memuat turun bahan lucah atau terbabit dengan fantasi dalam bilik berborak (chat).
Ketagihan Perhubungan Siber – Ketagihan berborak di internet menjadi satu fenomena biasa. Kadang kala, mereka menjadi terlalu taksub dengan hubungan dalam internet sehingga mengabaikan kehidupan sebenar bersama keluarga dan rakan.
Internet juga adalah satu dunia baru. Setiap hari, ia akan berkembang dengan kegiatan manusia seluruh dunia. Dalam dunia baru ini tiada sempadan yang wujud. Semua orang digalakkan untuk terbabit dan menyumbang berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka.Dalam dunia baru ini, pengguna tidak boleh mengharapkan kawalan yang teliti daripada kerajaan. Sesungguhnya, kerajaan sudah kehilangan peranan mereka sebagai penapis; peranan yang sekarang ini diambil oleh setiap individu. Bagi kanak-kanak, peranan itu perlu digalas oleh ibu bapa mereka.
FAKTA NOMBOR
Kategori ketagihan pengguna internet
1- Ketagihan komputer - terlalu banyak permainan komputer menyebabkan kebanyakan pekerja menghabiskan masa dengan bermain daripada bekerja.
2- Permainan internet - ini termasuk terlalu taksub dengan perjudian, permainan atau beli belah secara online.
3- Maklumat terlalu banyak - menyebabkan ramai individu mengambil masa yang lama melayari laman web untuk mencari data
4- Ketagihan seks di internet - individu akan selalu melihat, memuat turun bahan lucah atau terbabit dengan fantasi dalam bilik chat.
5- Ketagihan perhubungan siber - ketagihan berborak di internet. Mereka terlalu taksub dengan hubungan dalam internet.
p/s: uhuhuh.....adakah anda tergolong di dalam salah satu kategori di atas....just info...

1 idea sahaja:

Khutub Kannah said...

apa2 pon berinternet dah menjadi sebahagian daripada rutin harian aku... =)