Thursday, May 31, 2007

Identiti Drama Melayu

DRAMA MELAYU tu macam mana? Ada beza dak drama melayu dengan drama bukan melayu yang kita dok tengok kat telibisyen slalu tu? Mestila ada beza dia kan... Kalau tak percaya, jom kita tengok beberapa "identiti" drama Melayu yang takdak kepada drama orang lain....

Dalam drama Melayu, sebut saja seseorang tak sampai lima saat, orang yang disebut dah terpacul kat depan muka pintu. Nak tau cemana dialog "wajib" depa?

"Hah..itu pun dia dah datang." maka bertuturlah si pelakon dengan muka selamba sebab dialog ni memang popular sejak drama melayu setat kat Jalan Ampas dulu... Jangan ubah drama dialog ni..kalau ubah tak jadi drama Melayu dah.... :P.

Kalau ada adegan ayah marah anak, jangan bimbang sebab sat lagi datang la si ibu dengan muka selamba berkata,"Sudah la tu bang..". Pastu kepada si anak mak dia kata plak, "Bersabarlah nak.."

Kalau adegan cinta plak... apa lagi berlari macam filem Hindustan kat pantai atau guling-guling kat taman. Sebenarnya aku lebih rasa berpinau dari romantis. Tapi kerana identiti drama Melayu kot, depa buat gak...(bukan pengaruh crita industan ka?)....uhuhuh...

Kalau depan wad ICU, mesti doktor akan keluaq kemudian keluarga akan menerpa kepada doktor tadi "... macam mana keadaan dia sekarang....tuan doktor..." Tapi sampai la ni tak pernah plak aku nampak adegan ni jadi real kat hospital..hehe...tah laa...

Satu lagi, kalau dah jadi gengster nama pun dah bertukaq. Dah tak pakai nama melayu dah. Depa pakai nama Roman, Castelo dan macam² lagi nama bulan melayu. Kenapa? Sebenaqnya takdak apa-apa pun. Mungkin kalau nama Melayu... tak cukup "kegengsteran"nya...adakah nama melayu yang dok ada x gerun kita dengaq...ahaha...

Last skali aku nak amik contoh pasai satu filem. Filem GK3 di mana Negro kat dalam filem tu... Kesian aku tengok. Dah la tak lawa, jahat plak tu. Kalau rupa tak lawa mesti jahat ka? atau kerana jahat rupa dia tak lawa?....wakakaka....sekian...

p/s: tah laa mungkin ada lagi beberapa identiti drama2 melayu yang kita selalu tonton..

15 idea sahaja:

jinggo said...

filem gk3 tu aku tengok macam bengong saja.........
ada ka kereta kena tembak sikit calar pon tak ada........... jangan kata lubang......
bayang kat betapa teroknya......
tak real langsung...........
macam budak-budak........

tegezoot said...

stereotype!

tapi market masih ada, nak buat camna!

Sebab tu Yusof Haslam dan beberapa penerbit filem untuk perniagaan ini berani buat lagi, sebab market masih ada dan sangat besar dalam Malaysia tanahairku ini!

butaseni said...

aku kalau tengok crita melayu pegang pistol aku rasa macam pelik tak sesuai langsung...mungkin sebab tu kot depa ni masih mengekalkan nilai-nilai murni orang timur ni.hehehe

NezJoe said...

Bagi aku drama Melayu ada yang okey dan ada yang hampeh. Yang aku perasan semua ikut trend.
Kalau dulu siri tv pasal anggota keselamatan (tak kira la polis, imigresen, bomba atau pak guard sekali pun). Sekarang banyak pula yang nak sama pesen mcm emil emilda (cerita ni quite bagus bagi aku, cuma Sharifah Amani tu tend nak over do dalam lakonan dia), Manjalara.

Salah faham. Ya, kalau kamu semua perasan, drama Melayu asyik dok berlegar dengan tema ini. Salah faham.

Siri tv yang aku suka, Dunia Baru. Karakter build up dia cukup bagus.

artisticklytouch said...

ha ha hang pun dah ada blog...awat tak buh nama blog lembab 5 peringkat ha ha jgn marah haa... selamat memblog, aku cam tang gambaq tuh!

Khutub Kannah said...

yaa..slamat berblog...blog lama dah expired...

Mak Su said...

Assalamualaikum, itu pasal la malas nak tgk cerita melayu. ada yang best best sangatttt, jaghang-jaghang jumpa.

Pegawai Khalwat said...

Cerita Melayu?

Yang dirakam tanpa rela tu yang menarik perhatian ramai.

Khutub Kannah said...

ahah...yayaya...yg tu yang mampu menarik perhatian dari segenap lapisan...

crunchyahcock said...

kalu dah tau mcm tu. bila nak muncul pangarah yg boleh buat filem yg betul berkualiti??
mungkin duit adalah masalahnya kan??

Yattie Nopiah said...

salam.
aku rasa drama melayu skrg da brubah sikit.
yg belum berubah,kelajuan dari babak ke babak?phm?
drama melayu tersangat2 lah lembap!

walaupun drama indon kita xsaba2 nk tgk next scene dia,tp citer dia lagi byk mngarut dr citer melayu.

so,xkesah la mngarut ke x..asalkan satu cerita tu kena la cepat,penuh saspen,cinematografi yg baik,dan sbgnya...

Khutub Kannah said...

ahah...ya.mungkin tiada lagi pengarah yang dapat atau mampu membuat sesuatu cerita yang benar2 berkualiti...

yaa...perjalanan cerita juga penting...

crunchyahcock said...

wei khutub,,, no new posting??

kamarul said...

yearghh! setuju dgn nezjoe. dunia baru mmg syok!

Coffee Holic said...

kau melayu?




"-)