Tuesday, August 19, 2008

Harakiri...

kata orang selangkah menapak ke hadapan jangan diundur...kalau undur???
kata orang kalau sampai di persimpangan jalan pilihlah salah satu jalan yang diyakini dapat memberi sesuatu yang amat berharga atau kebaikan kepada kita....tapi kalau nak ikut semua jalan yang ada jugak camna???
kata orang kalau sekali kita melihat ke hadapan janganlah lagi cuba untuk menoleh ke belakang...ehh apa salah ka skali skala menoleh ke belakang???
kata orang kalau kita megah terbang di angkasa jangan la lupa tanah kat bumi tu....wooo
kata orang kalau sekali kita dikurang ajar@maki @cerca tabahkanlah hati moga2 dibukakanlah hati manusia yang buat benda2 camtuh kat kita....eheheheh bleh sabar ka.....
kata orang lebih baik berdiam diri dari jadi orang yang suka bercakap banyak..cakap bila perlu....yakaa..punya pasai aku la nak cakap banyak ka sikit....wahwahwahwah .........
orang kata.....

*haizzz brapa banyak orang kata daaaa....

~~buahahahahah...adakah aku atau kita yang kurang ajar lol.....

::harakiri ini ditaja oleh: Syarikat Mak Ngah Joyah dan 7 orang jiran sekampungnya

Negaraku


Hmm...tup tap - tup tap dah dalam bulan merdeka pun kita...aaarr... tak lama lagi kita suma akan bersama2 menyambut Hari Kemerdekaan yang ke - 51...mungkin ramai yang dah tahu dan mungkin ada sekelumit manusia yang tidak pernah atau ambil tahu tentang dari mana asal usul lagu kebangsaan negara kita yang tercinta....MALAYSIA....jadi dengan semangat patriotik yang tinggi(cewahhh)....di sini ada la sikit sejarah macam mana terciptanya lagu kebangsaan negara kita...Lagu Negaraku dipilih daripada lagu rasmi negeri Perak. Lagu Trang Bulan, yang berasal daripada Pulau Mahé di Kepulauan Seychelles, telah dibawa pulang oleh Raja Abdullah setelah baginda selesai menjalani hukuman dibuang negeri ke Kepulauan Seychelles, kerana didakwa bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu Trang Bulan ciptaan penggubah Perancis, Pierre Jean de Beranger (1780-1857) ini, kemudiannya telah diberikan seni kata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Negeri Perak Darul Ridzuan.

Lagu rasmi negeri Perak "Allah Lanjutkan Usia Sultan" ini telah dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yang diketuai oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 Ogos 1957. Upacara pemilihan lagu kebangsaan ini berlangsung di Dewan Polis Depoh, Kuala Lumpur.

Sebanyak 4 buah lagu telah diperdengarkan oleh Pasukan Pancaragam Polis Diraja. Lagu Allah Lanjutkan Usia Sultan telah terpilih. Keputusan jemaah hakim ini kemudian telah dikemukakan kepada Majlis Raja-raja Melayu.

Setelah dipersetujui, kerajaan telah mengeluarkan tawaran RM1,000 kepada pengubah untuk mencipta seni katanya. Tawaran ini telah dimenangi oleh Encik Saiful Bahri dan lagu kebangsaan 'Negaraku' gubahan beliau terdapat dalam 3 versi.

Lagu Negaraku telah ditukar rentak kepada rentak yang lebih rancak oleh Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia ke-4. Lagu Negaraku berentak baru dipersembahkan buat kali pertama pada sambutan Ambang Merdeka di Dataran Merdeka tengah malam 30 Ogos 2003.

Lagu Negaraku berentak baru itu dimainkan selepas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir bin Mohamad melaungkan "Merdeka" sebanyak tujuh kali.

Lirik Negaraku berentak baru masih sama. Cuma permulaan lagu itu perlahan seperti irama lagu Negaraku yang asal dan selepas itu, pergerakannya akan bertambah laju.


Lirik negaraku

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku,
Rakyat hidup
bersatu dan maju,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan,
Raja kita
selamat bertakhta,

Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan.
Raja kita
selamat bertakhta


Bagaimanapun penerimaan rentak baru ini agak hambar. Malah ada yang menyamakan tempo lagu baru seperti lagu sarkis. Pada Julai 2003 akhbar Malaysia menyatakan bahawa lagu Negaraku akan ditukar sekali lagi dan liriknya akan ditukar dari Negaraku kepada Malaysiaku.

Terdapat bantahan ramai dan pertukaran nama dibatalkan, tetapi lagu Negaraku diubah dan dikembalikan kepada tempo pra-1992 oleh pengubah Wah Idris.