Wednesday, October 24, 2007

salamzz.....I'm back in action!....wahahaha.....

fuhh....lama berbeno x menjengah kat sini.......ehehe...almaklumlah....bz skit(yaka?).....dah bersarang labah2.....hmmm...raya baru ja lepas....sakan noooo raya....ok gak laa taun nih....tup-tup dah ujung taun...ermm....dekat2 ujung taun ni mmg banyak gak program/aktiviti yang ada...perghh....dlm +- seminggu yang lepas aku telah menerima satu sms...mata aku tiba2 terpaku pada satu baris ayat kat dlm sms tu....TUHAN PUN MATI.....wahhh... meremang bulu roma bila terbaca sebahagian daripada sms tu....apa tu???.....ehehehe....nnti tau la....kalo nak tau....ikuti sambungan seterusnya nnti....lalalalalala....

Thursday, May 31, 2007

Identiti Drama Melayu

DRAMA MELAYU tu macam mana? Ada beza dak drama melayu dengan drama bukan melayu yang kita dok tengok kat telibisyen slalu tu? Mestila ada beza dia kan... Kalau tak percaya, jom kita tengok beberapa "identiti" drama Melayu yang takdak kepada drama orang lain....

Dalam drama Melayu, sebut saja seseorang tak sampai lima saat, orang yang disebut dah terpacul kat depan muka pintu. Nak tau cemana dialog "wajib" depa?

"Hah..itu pun dia dah datang." maka bertuturlah si pelakon dengan muka selamba sebab dialog ni memang popular sejak drama melayu setat kat Jalan Ampas dulu... Jangan ubah drama dialog ni..kalau ubah tak jadi drama Melayu dah.... :P.

Kalau ada adegan ayah marah anak, jangan bimbang sebab sat lagi datang la si ibu dengan muka selamba berkata,"Sudah la tu bang..". Pastu kepada si anak mak dia kata plak, "Bersabarlah nak.."

Kalau adegan cinta plak... apa lagi berlari macam filem Hindustan kat pantai atau guling-guling kat taman. Sebenarnya aku lebih rasa berpinau dari romantis. Tapi kerana identiti drama Melayu kot, depa buat gak...(bukan pengaruh crita industan ka?)....uhuhuh...

Kalau depan wad ICU, mesti doktor akan keluaq kemudian keluarga akan menerpa kepada doktor tadi "... macam mana keadaan dia sekarang....tuan doktor..." Tapi sampai la ni tak pernah plak aku nampak adegan ni jadi real kat hospital..hehe...tah laa...

Satu lagi, kalau dah jadi gengster nama pun dah bertukaq. Dah tak pakai nama melayu dah. Depa pakai nama Roman, Castelo dan macam² lagi nama bulan melayu. Kenapa? Sebenaqnya takdak apa-apa pun. Mungkin kalau nama Melayu... tak cukup "kegengsteran"nya...adakah nama melayu yang dok ada x gerun kita dengaq...ahaha...

Last skali aku nak amik contoh pasai satu filem. Filem GK3 di mana Negro kat dalam filem tu... Kesian aku tengok. Dah la tak lawa, jahat plak tu. Kalau rupa tak lawa mesti jahat ka? atau kerana jahat rupa dia tak lawa?....wakakaka....sekian...

p/s: tah laa mungkin ada lagi beberapa identiti drama2 melayu yang kita selalu tonton..

Saturday, May 19, 2007

Perang dunia ketiga WW3 ...mungkinkah???

Perang dunia ketiga ....
apa pendapat angpa??
mungkinkah akan berlaku dalam masa terdekat ni?

cuba perhatikan keadaan dunia la ni...

krisis di Palestin ( kuil haikal dibina )
krisis nuklear US - Iran
politik Turki ( pengaruh Islam kembali di Turki)
ramalan Nostradamus (ahli nujum yahudi yang kononnya meramalkan perang dunia di antara 2007 hingga 2012)

dan yang terakhir...

kecenderungan umat islam untuk mengembalikan sistem khilafah...

bagi pihak barat..


perang tersebut akan berlaku di Jerusalem.. atau Baitulmaqdis


...sblum2 ni byk ramalan dr Nostradamus benar2 berlaku dan semuanya telah menjadi kenyataan...cth cam kebangkitan nazi...perang dunia kedua...kejatuhan napoleon...serangan 9/11...etc...tp ramalan perang dunia ketiga ni tak brp pasti...walau apa pun yg berlaku...hanya Allah aja yg tahu dan Allah Maha Brkuasa ke atas segala - galanya...adakah ini masanya untuk berjihad....


wallahualam...

Friday, May 18, 2007

Surat minta kerja (otai+power gilar)

wahaha...selak2 balik emel lama tadi...terjumpa balik satu emel...pasal surat rasmi nak mintak kerja....ahah...kalo sapa2 yang rasa nak senang dapat kerja ikutlah format surat ni....jeng..jeng..jeng...



Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar,
25 Jalan 3/4
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor.
(Rumah pakcik saya)



Malaysia Airlines System
12 mei 2004

Tuan,
Memohon Pekerjaan di Malaysia Airlines System.

Sehubungan dengan perkara diatas, saya Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar no
k/p 831021-10-5889 mahu memohon untuk bekerja disyarikat tuan dalam
bidang
teknikal. Ini kerana saya sangat berminat & bersungguh2 sampai tak
boleh tido malam mengingatkan pekerjaan dalam dalam bidang ini. Walaupun

begitu saye mengaku sebab saye mintak kerja disini kerana saya juga
adalah
seorang petani anggur. Disebabkan begitu pihak tuan kenalah ambil saya
bekerja
disini. Pihak tuan perlu tahu juga bahawasanya bapa saya iaitu ABD
GHAFAR adalah seorang ahli KWSP.

Jika pihak tuan tidak mengambil saya bekerja saya serta merta akan
menyuruh bapa saya membekukan pengeluaran KWSP pihak tuan masa tua
nanti. Jika pihak tuan tak nak susah baiklah ambil saya
bekerja disini. Itu saja keotaian
saya.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, disini saya akan tampilkan kelayakan
akademik dan pengalaman kerja saya sebelum ini kepada tuan.

3.Akademik. Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional 1999-2000
Matapelajaran :(gred)
Bahasa Malaysia 6D
Bahasa Inggeris 6D
Sains. 7E
Matematik 6D
Pendidikan Islam 5C
Sejarah 7E
Lukisan geometri 7E
Teknologi air-condition 6D
Kerja bengkel 3B

Sijil Kemahiran Malaysia 2001-2002 (MLVK). Sijil Kejuruteraan
Automotive (Tahap 1&2) dari Institut Latihan Perindustrian Kementerian
Sumber
Manusia Malaysia.

4. Pengalaman kerja. Pembantu mekanik kereta di Yusuf Workshop, Ipoh,
Perak.
Pembantu mekanik kereta di Dunlop Servitekar di Leboh Ampang, Kuala
Lumpur (kedai gemok)
p/s (alignment kat situ tipu).
Staff pejabat di Gesundheit Worldwide di Semabok, Melaka.(pusat
serenti)

5. Hanya ini sahaja dapat saya tampilkan kepada pihak tuan. Diharap
dengan kelayakan yang saya ada, permohonan saya untuk bekerja disyarikat
tuan
dapat dipertimbangkan oleh tuan. Dan saya berasa gembira & seronok &
akan
belanja satu MAS makan sekiranya diterima bekerja di syarikat tuan dan
saya
berjanji akan bekerja dengan bersungguh-sungguh disamping bangun awal
dan datang kerja awal. Saya tak tipu nie. Walaupun saya
pernah ponteng skolah dan
ditangkap beberapa kali saya akan insaf juga jika saya dapat kerja ini.
Saya tidak akan hisap ganja lagi jikalau saya dapat kerja disini.
Sekiranya
saya didapati bersalah dalam apa2 juga kesalahan pihak tuan tidak boleh
ambil tindakan yg kuat disamping menjentik jari saya sahaja. Untuk
makluman
tuan saya sangat kurus jikalau dirotan sekali tulang2 saya akan bersepai
dan
pihak tuan akan mendapat susah yang amat sangat. Saya juga berjanji
tidak akan mencuri skru2 nat2 yg lawa2.jika saya nak mencuri saya akan
ambil
sahaja dan masuk dalam poket seluar itu tidak dikira mencuri. Saya pun
dah penat menulis segala nya bermula & berakhir dgn baik. Jika pihak
tuan
tidak mengambil saya bekerja hidup pihak tuan akan berakhir dengan
bacaan
yasin.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

(Mohd Kamal Bin Abdul Ghafar)
25 Jalan ¾
Taman Bukit Indah
68000 Ampang
Selangor



p/s: semoga anda cepat mendapat kerja yang telah dihajati....sekian... =)

KHAS BUAT BAYI BAYI YG LAHIR AWAL 80'an

Tanda-tanda anda bayi awal tahun 80-an:

kita membesar dgn menonton G-Force, He-man,Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse. Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs,Voltron, Gaban, Suria Perkasa Hitam dan Jam(inilah diva semasa kecil..pandai nyanyi!)

berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawan warna-warni kan.
mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.(ako slalu lari kalo kena dulu2.... wahahaha....)

ni sure korang igt...program minum susu di skolah.
nak galakkan budak2 time tuh minum susu.
sekotak 30 sen jek beb...(tp lanih suma tu dah jadi racun)

cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu.
pukul tapak tangan...kan?(uhuhu..ako dulu baik...skali skala ja kena... ekekeeke)

semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.(lanih..kalo harga tu aku rasa 2 - 3 urat ja dapat)

Hankyu Jaya, Yaohan Looking Good - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa...

time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada
yang suka stoking tebal laaa... internet? email? mendalah ape tu?(ahaha... dan jugak merasa kasut cap penguin)

CD? apa tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang
pun 5 inggit je.

kita pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum,TORA, UFO, O-Ya, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni,
'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum.

tak dilupakan, 'TiKam'. bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlm class.

tapi bunyi loceng laa yang paling best skali.
boleh beli aiskrim ngan apek kat luar skola tuh...

lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kita pegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluar awal.

lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa, rounders laa...

permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan,kene patahkan kat tengah2 die!(ais pop la tu) lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni. baling2 kapur laa.(ekeke abih kaler maler baju ngan seluar)

hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.

bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...ekeke btui ka....

bagi diorg, ada satu ja Jerman kat dunia ni, dan ada satu ja Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nak switch on TV kalau xdak remote control. dan diorg tak paham macam mana kita boleh
survive dkt universiti tanpa handphone...

hmm...jom kita check, kita ni dah tua ka:...ehehe.....

1. korg paham apa yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum

2. kebanyakan member2 skolah menengah kita dah kawin

3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba ja

4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone

5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari

6. bila jumpa member lama dari semasa ke semasa, seronok bila bersembang pasal cerita2 lama, cerita2 kelakar yang kita alami masa dulu time
kecik2, nakal2 dulu...

7. last skali,............

Yaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?............ =)

Thursday, May 17, 2007

Pagi2 buta yang hening...

apeke la sampai la x bleh nak tidoq.......panas kot.....arhhh.....bukan....ada problem kot.....tidak....fuhh....takan lapar lagi.......tadi dah melantak macam2 dah.....orhh....apalagi....melangut depan pc la jawabnya....sampai bengkak mata dok jegel kat skrin nih.......sunyi ja time2 lanih......sambil pekena air masak suam kurang gula cicah biskut meri.....perghh layan....dok saja2 ni teringat la pulak masa depan.....uhuhuhu.....sampai bila nak jadi camni....hanya aku yg bleh mengubahnya.......
ehhh...apalaaa yang aku dok mereben nih.......ok laa.... tiba2 terasa berat pulak mata nih.....chow....

Wednesday, May 16, 2007

Aku Adalah Aku.....

Aku adalah Aku... Aku bukannya dia... dan Aku bukanlah mereka...
p/s: amat bermakna ayat ni kepada aku... semenjak aku mula2 melayangkan diri aku ke dalam dunia yang penuh berseni ini....sekian...

X boringkah?......

Haizzz....ako dah buhsan dengan rancangan - rancangan realiti tv nih....suma dah jadi carca - marba.....lanih yg banyak dok ada pon suma nak kaut untung ja.....bukan bakat yang dicari....setiap stesen ada ja rancangan yang sebegitu....dari yang free sampai la yang berbayar....kalau camni la jadinya sampai bila kita nak dapat org yang btul2 ada bakat...yaa...mmg ada yg btul2 berbakat tp.......brapa kerat saja yg ada...kadang - kadang ada juga yang terlepas pandang....
....Ini kerana kuasa memilih dan menentukan sesuatu keputusan terletak di jari penonton...

Previu - Jangan Pandang Belakang - Adakah ini adalah salah satu filem seram Melayu yang boleh dianggap terbaik ketika ini?...


Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladynana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang yang periang dan ceria.
Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan membawa pulang botol tersebut. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk imej pada kamera digital Rose yang mereka temui.
Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ’sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.Mendengar nasihat Daim (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampung. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belengu yang menganggu hidupnya setiap hari?Segalanya akan terjawab dalam filem ini. Kepada anda semua, walau apapun yang terjadi, sesekali pun JANGAN PANDANG BELAKANG kerana apabila yang mati bertemu yang hidup, segala kemungkinan pasti berlaku!
Pengarah : Ahmad Idham
Kategori : Filem
CerekaBahasa : Bahasa Melayu
Genre : Seram, Ngeri
Klasifikasi : U - Untuk tontonan umum
Pelakon
Pierre Andre: Darma (Pelakon Utama)
Intan Ladyana: Rose & Seri (Pelakon Utama)
Khatijah Tan : Mak Lang (Pelakon Utama)
Mak Mah : Opah (Pelakon Pembantu)
Rio Elani : Lin (Pelakon Pembantu)
Pendapat aku:
dah tgk....
wpun aku xmenjerit sbb membe aku kat sblh siap smapai nk masuk bwh krusi..hukhukhuk..tp cite nih best lah, wpun ada antu cm lawak sket..erm... opah dia lawak tp seram..hehe..tkg weh..rugi.. tp cite nih byk terkejut2..elemen korea antu merangkak n lif ada..ada satu part antu men rambut..huhu..cm iklan rejoicee lak..:) tp njoyz..stakat nih cite antu yg kat msia , nih paling best..slain zaman noorkumalasari dulu lah..huhuhuhuhuhu... best... aku tgk masa depa layan gambaq nih semua pakai filter kat mata.. samaada ngan baju, tudung ataupon jari2 tangan...tapi klimaks dia x best sangat... anti klimaks...70% first memang amat best.. penuh dengan kejutan.. 30% last kureng skit..kesimpulannya... salah satu filem seram tipikal malaysia yang best...

Suratan~~

...Kurenung diri ini....
...Dalam gambaran wajahmu....
...Sesaat.... ...Rasa seketika....
...Diriku tiada upaya....

...Oh dimana bezanya....
...Tak ku pinta semuanya....
...Telah tersurat bersama....
...Ku lahir ke dunia....

...Ku ingin hidup bersama....
...Walau tiada sama semua....
...Biar pun di sudut dunia....
...Sekadar rasa nikmatnya....

Ketagihan Internet

Masalah utama kepada pengguna adalah ketagihan internet. Pakar psikologi melahirkan kebimbangan bahawa lebih lima peratus pengguna internet menjadi ketagih. Ketagihan internet merangkumi pelbagai jenis tabiat dan masalah kawalan desakan. Kepelbagaian tabiat itu boleh diklasifikasikan kepada lima kategori:
Ketagihan Komputer – Pada awalnya ia hanya membabitkan permainan komputer seperti solitaire dan minesweeper, pada hari ini ada pelbagai permainan di internet dan menjadi masalah kepada syarikat kerana kebanyakan pekerja menghabiskan masa dengan bermain daripada bekerja.
Permainan Internet – Ini termasuk terlalu taksub dengan perjudian, permainan atau beli belah secara online. Antaranya Internet Casinos Inc, Interactive Gaming and Communications Corp. Kini, beribu-ribu laman web disediakan untuk perjudian. Kajian mendapati perjudian yang sah kini meningkat 100 peratus sehingga 550 peratus.
Maklumat Terlalu Banyak – Melayari laman web dan kumpulan data menyebabkan ramai individu mengambil masa yang lama untuk mencari, mengumpul dan menyusun data. Pengurangan produktiviti adalah antara akibatnya.
Ketagihan Seks Di Internet – Individu akan selalu melihat, memuat turun bahan lucah atau terbabit dengan fantasi dalam bilik berborak (chat).
Ketagihan Perhubungan Siber – Ketagihan berborak di internet menjadi satu fenomena biasa. Kadang kala, mereka menjadi terlalu taksub dengan hubungan dalam internet sehingga mengabaikan kehidupan sebenar bersama keluarga dan rakan.
Internet juga adalah satu dunia baru. Setiap hari, ia akan berkembang dengan kegiatan manusia seluruh dunia. Dalam dunia baru ini tiada sempadan yang wujud. Semua orang digalakkan untuk terbabit dan menyumbang berdasarkan pengetahuan dan pengalaman mereka.Dalam dunia baru ini, pengguna tidak boleh mengharapkan kawalan yang teliti daripada kerajaan. Sesungguhnya, kerajaan sudah kehilangan peranan mereka sebagai penapis; peranan yang sekarang ini diambil oleh setiap individu. Bagi kanak-kanak, peranan itu perlu digalas oleh ibu bapa mereka.
FAKTA NOMBOR
Kategori ketagihan pengguna internet
1- Ketagihan komputer - terlalu banyak permainan komputer menyebabkan kebanyakan pekerja menghabiskan masa dengan bermain daripada bekerja.
2- Permainan internet - ini termasuk terlalu taksub dengan perjudian, permainan atau beli belah secara online.
3- Maklumat terlalu banyak - menyebabkan ramai individu mengambil masa yang lama melayari laman web untuk mencari data
4- Ketagihan seks di internet - individu akan selalu melihat, memuat turun bahan lucah atau terbabit dengan fantasi dalam bilik chat.
5- Ketagihan perhubungan siber - ketagihan berborak di internet. Mereka terlalu taksub dengan hubungan dalam internet.
p/s: uhuhuh.....adakah anda tergolong di dalam salah satu kategori di atas....just info...